akibat meninggalkan solat
Orang yang meninggalkan solat adalah BERDOSA BESAR.
antara akibat meninggalkan solat adalah:
1. menjadi penghuni neraka berdasarkan firman Allah :
Surah al Mudathir,74 : ayat 42-43
terjemahan : Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka sakar?, "kerana kami dahulu orang-orang yang meninggalkan solat".
HIKMAH SOLAT
December 14, 2019 |
Marcadores:
HIKMAH
- Dikurniakan hidayah
- Berakhlak mulia
- Terhindar daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji
- Bijak mengimbangi kepentingan dunia dan akhirat
- Bersatu padu dan bekerjasama
- Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa
- Mengukuhkan iman
- Dikasihi Allah
- Menghayati sifat mahmudah
- Suka membantu dan memberi pertolongan
RUKUN SOLAT
December 14, 2019 |
Marcadores:
RUKUN
- Berdiri tegak Ianya penting bagi yang mampu berdiri ketika solat fardhu. Walaubagaimanapun, bagi yang tidak mampu disebabkan oleh sakit dan sebagainya bolehlah melakukannya secara berbaring, terletang duduk, atau dengan menggunakan isyarat. Ianya bergantung kepada keadaan yang dikirkan sesuai.
- Niat Hendaklah berniat untuk melakukan solat. Contohnya, jika seseorang itu mahu solat Asar, mestilah niat di dalam hati perlulah untuk bersolat Asar.
- Takbiratul ihram iaitu dengan lafaz “Allahu Akhbar”
- Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. Bacaan mestilah dalam bahasa Arab dan didengari oleh diri sendiri.
- Rukuk dengan tama’ninah Rukuk adalah dengan meletakkan kedua tapak tangan ke lututnya sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°. Tama’ninah pula bermaksud kita diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya. Perkara tama’ninah ini antara perkara yang selalu terlepas pandang. Perlu maklum pada diri untuk berhenti sekejap.
- Iktidal adalah bangkit dari rukuk supaya kembali kepada kedudukan berdiri tegak beserta dengan tama’ninah. Kadar masa tama’ninah tidaklah lama iatu sekadar satu tasbih sahaja.
- Sujud dua kali dengan tama’ninah Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala.
- Duduk antara dua sujud dengan tama’ninah
- Duduk tasyahud/tahiyat akhir dengan tama’ninah
- Membaca tasyahud/tahiyat akhir
- Membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW pada tasyahud/tahiyat akhir
- Memberi salam yang pertama
- Tertib iaitu mengerjakan solat mengikut turutan. Oleh itu, tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal.
SYARAT SAH SOLAT
December 14, 2019 |
Marcadores:
SYARAT SAH
1. Menutup aurat
3.Menghadap kiblat
4.Suci daripada hadas kecil dan besar
5.Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat
PENGERTIAN SOLAT
December 14, 2019 |
Marcadores:
PENGERTIAN
Bahasa: Doa
Istilah: Perbuatan dan perkataan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEie__ReQXzlq01aq9C8eykK7TR28BS4LfjvAqEjpyUOIORa0B-4bgwcfmefWAdtmeBly-VnfC0hJDDXI46Pq-CqKLQa2xRBLPeTiofGpKInjUdYpuQXEcri1cmFTL8ZCqVCzXF_JjZiw2s/s640/IMG_2379.jpg)
FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH
December 03, 2019 |
Marcadores:
FARDHU AIN & FARDHU KIFAYAH
|
Subscribe to:
Posts (Atom)