- Berdiri tegak Ianya penting bagi yang mampu berdiri ketika solat fardhu. Walaubagaimanapun, bagi yang tidak mampu disebabkan oleh sakit dan sebagainya bolehlah melakukannya secara berbaring, terletang duduk, atau dengan menggunakan isyarat. Ianya bergantung kepada keadaan yang dikirkan sesuai.
- Niat Hendaklah berniat untuk melakukan solat. Contohnya, jika seseorang itu mahu solat Asar, mestilah niat di dalam hati perlulah untuk bersolat Asar.
- Takbiratul ihram iaitu dengan lafaz “Allahu Akhbar”
- Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. Bacaan mestilah dalam bahasa Arab dan didengari oleh diri sendiri.
- Rukuk dengan tama’ninah Rukuk adalah dengan meletakkan kedua tapak tangan ke lututnya sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°. Tama’ninah pula bermaksud kita diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya. Perkara tama’ninah ini antara perkara yang selalu terlepas pandang. Perlu maklum pada diri untuk berhenti sekejap.
- Iktidal adalah bangkit dari rukuk supaya kembali kepada kedudukan berdiri tegak beserta dengan tama’ninah. Kadar masa tama’ninah tidaklah lama iatu sekadar satu tasbih sahaja.
- Sujud dua kali dengan tama’ninah Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala.
- Duduk antara dua sujud dengan tama’ninah
- Duduk tasyahud/tahiyat akhir dengan tama’ninah
- Membaca tasyahud/tahiyat akhir
- Membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW pada tasyahud/tahiyat akhir
- Memberi salam yang pertama
- Tertib iaitu mengerjakan solat mengikut turutan. Oleh itu, tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal.
RUKUN SOLAT
December 14, 2019 |
Marcadores:
RUKUN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários:
Post a Comment